4:44 PG

PRESINT 8 – Majlis penyerahan slip peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2015 telah diadakan di Dewan Perdana Putra Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1).
Sarah
Sarah
Pelajar Cemerlang (11A), Sarah Hassan, 15, berkata, usia yang masih muda merupakan masa yang sangat sesuai untuk belajar kerana minda masih segar.
“Sebulan sebelum peperiksaan bermula saya memanfaatkan waktu selepas persekolahan untuk belajar secara kumpulan bersama rakan-rakan selain kelas tambahan yang diberikan oleh guru,”katanya.
Menurutnya lagi, seorang pelajar perlu mempunyai jadual belajar sendiri dan berkumpulan bagi membolehkan setiap masalah dalam subjek yang kurang mahir dapat dikuasai dengan mudah.
“Kalau kita tidak bertanya dan bincang bersama maka adalah sukar untuk kita mencari sesuatu jawapan kepada soalan tersebut,” jelasnya.
Sarah memberitahu, meskipun soalan PT3 kali ini sangat mencabar, berkat kesungguhan dan keazaman untuk berjaya berjaya mengatasi perasaan gementar semasa menghadapi ujian tersebut.
Nursyafiqah
Nursyafiqah
Sementara itu, Nursyafiqah Sharul Nizam, 15, turut berkongsi rahsia kejayaan mendapat keputusan cemerlang kesemua A (10A).
“Fokus dalam kelas sewaktu guru mengajar penting supaya kita tidak mempunyai masalah untuk menjawab setiap soalan.
“Selain itu, doa dan berusaha bersungguh-sungguh serta belajar dengan bijak juga penting untuk berjaya,” katanya.
Malah, katanya lagi kerap melakukan latihan dan ulang kaji pelajaran juga banyak membantunya untuk menjawab setiap soalan dalam peperiksaan itu.

You Might Also Like

0 ulasan

www.lowongankerjababysitter.com www.lowongankerjapembanturumahtangga.com www.lowonganperawatlansia.com www.lowonganperawatlansia.com www.yayasanperawatlansia.com www.penyalurpembanturumahtanggaku.com www.bajubatikmodernku.com www.bestdaytradingstrategyy.com www.paketpernikahanmurahjakarta.com www.paketweddingorganizerjakarta.com www.undanganpernikahanunikmurah.com

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe