Nota Respirasi Bab 1 Form 3

3:47 PG

SAINS TINGKATAN 3 BAB 1 RESPIRASI[NOTA]
Sistem respirasi terdiri daripada:

-Rongga nasal

-trakea

-bronkus

-tulang rusuk

-otot interkosta

-peparu

-diafragma

Setiap peparu terdiri daripada bronkus,bronkiol dan alveolus

-bronkus merupakan cabang daripada trakea

-bronkus bercabang kepada saluran yang lebih kecil iaitu bronkiol

-pada hujung setiap bronkiol terdapat kantung udara yang dinamakan alveolus

Pernafasan terdiri daripada:Hembusan nafas dan tarikan nafas

Tarikan nafas:-Tulang rusuk naik ke atas dan ke luar.-Diafragma mengecut dan bergerak ke bawah.-Pergerakan tulang rusuk dan diafragma menambahkan isi padu rongga toraks dan peparu, dan menyebabkan tekanan udara di dalam peparu  menjadi lebih rendah.-Perbezaan tekanan udara ini memaksa udara disedut ke dalam peparu.

Hembusan nafas:-Tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam.-Diafragma mengendur dan melengkung ke atas.-Pergerakan tulang rusuk dan diafragma mengurangkan isi padu rongga toraks,menyebabkan tekanan udara di dalam peparu menjadi lebih tinggi berbanding di luar.-Perbezaan tekanan udara ini memaksa udara ditolak keluar dari peparu.

1.2 Pengangkutan oksigen dalam badan manusia.

Peresapan oksigen daripada alveolus ke dalam kapilari darah

-kepekatan oksigen dalam udara sedutan adalah lebih tinggi berbanding kepekatan oksigen dalam darah yang mengalir ke peparu.

-Perbezaan kepekatan oksigen ini membolehkan oksigen dari alveolus bergerak masuk ke dalam kapilari darah melalui

(Peresapan)

-Dinding alveolus dan kapilari darah hanya setebal satu sel.

-3 Faktor yang membolehkan peresapan oksigen dari alveolus ke kapilari darah.

-Alveolus dikelilingi kapilari darah yang banyak

-Dinding Alveolus sentiasa lembap

-Alveolus mempunyai luas permukaan yang besar.

-Alveolus mempunyai kepekatan oksigen yang tinggi jadi kapilari darah boleh menyerap oksigen tersebut.

Pengangkutan oksigen dalam badan manusia

-Oksigen masuk ke dalam darah dan bergabung dengan (Hemoglobin) dalam sel darah merah dan hasilnya adalah (Oksihemoglobin).Oksigen dibawa masuk ke dalam badan dalam bentuk oksihemoglobin.

Resapan oksigen daripada Kapilari Darah ke dalam sel

-Kita telah pelajari bahawa oksigen dari alveolus masuk ke dalam kapilari darah melalui peresapan.

-Darah yang mengalir melalui kapilari darah,oksihemoglobin akan terurai dan bebaskan oksigen.Oksigen yang dibebaskan pula akan meresap ke sel badan.

-Peresapan oksigen dari kapilari darah ke sel sel badan berlaku ini kerana terdapat perbezaan dalam kepekatan oksigen antara darah dengan sel.

-Kapilari darah mempunyai kepekatan oksigen yang lebih tinggi berbanding dengan sel jadi sel boleh menyerap oksigen daripada kapilari darah.

-Alveolus>Kapilari darah>Sel

1.3 Kepentingan sistem respirasi

Bahan yang memudaratkan sistem respirasi:

-Nikotin-Terdapat dalam asap rokok dan menyebabkan ketagihan merokok

-Tar-Terdapat dalam asap rokok.Hitamkan peparu dan menebalkan dinding peparu menyebabkan kesukaran peresepan oksigen daripada alveolus ke kapilari darah.

-Sulfur dioksida-Hasil pembakaran bahan api fosil dan boleh menyebabkan batuk

-Karbon monoksida-Tidak mempunyai warna,rasa,dan boleh membawa maut.

-Jerebu-zarah pepejal yang halus seperti habuk dan asap dan merengsakan saluran pernafasan dan merosakkan peparu

Penyakit akibat daripada bahan bahan tersebut:

-Emfisema

-bronkitis

-asma

-kanser peparu

Study1malaysia.wordpress.com

You Might Also Like

0 ulasan

www.lowongankerjababysitter.com www.lowongankerjapembanturumahtangga.com www.lowonganperawatlansia.com www.lowonganperawatlansia.com www.yayasanperawatlansia.com www.penyalurpembanturumahtanggaku.com www.bajubatikmodernku.com www.bestdaytradingstrategyy.com www.paketpernikahanmurahjakarta.com www.paketweddingorganizerjakarta.com www.undanganpernikahanunikmurah.com

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe